Laman Utama

“Oksigen Suami Saya Semakin Menurun Hingga Terpaksa Guna Bantuan Pernafasan…” – Eina Azman Mohon Doa

gempak
Fiza Kamarudin
02/09/2021
01:27 MYT
Sponsor Banner
“Oksigen Suami Saya Semakin Menurun Hingga Terpaksa Guna Bantuan Pernafasan…” – Eina Azman Mohon Doa
Pelakon Datin Eina Azman memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang dijangkiti positif Covid-19 semalam.
Eina menerusi hantaran di Instagram (IG)nya berkata, suami, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah mengalami penurunan oksigen sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.
Selain itu dia turut mendoakan agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suaminya supaya kembali pulih seperti sedia kala.
“Assalamualaikum semua…Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen.
“Terima kasih semua,” katanya.
Terdahulu, Eina, 26, dalam hantaran berbeza berkongsi suasana sedih apabila menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh ketika dia dan suami serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.
Bagaimanapun, dua anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef negatif virus itu.
"Hari ini (semalam) adalah ulang tahun perkahwinan kami tapi begini pula jadinya. Ya Allah memang hilang kata-kata.
"Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama pembantu rumah," katanya menerusi hantaran tersebut.
[[BACA: Eina Azman, Suami & Dua Pembantu Rumah Positif Covid-19...]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024