,
Berita

Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga Hiasi Upacara Pembukaan?

Gempak
24/07/2024
14:55 MYT
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kian terasa dengan upacara pembukaan bakal menjadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.
Namun gimik apakah yang bakal ditampilkan Paris selaku hos kali ini? Atau siapakah bintang sensasi dunia yang bakal menghiasi kemeriahan upacara pembukaan Jumaat ini.

Celine Dion dan Lady Gaga sudah tiba di Paris

Menurut laporan NBC News, dikhabarkan Celion Dion dan Lady Gaga sudah tiba di Paris dan ini menguatkan spekulasi bahawa dua ikon pop dunia ini bakal terlibat dalam persembahan upacara pembukaan yang akan diadakan di Sungai Seine.
Dion dilihat bersiar-siar di Kota Paris pada Selasa dan dikhabarkan bakal kembali melakukan persembahan berskala besar selepas empat tahun berehat ekoran isu kesihatan.
Untuk rekod bintang sensasi kelahiran Kanada ini pernah membuat persembahan di upacara pembukaan Olimpik ketika Atlanta menjadi hos temasya pada 1996.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Padah Merokok! Gimnas Jepun Dihantar Pulang

Sementara itu, desas-desus Lady Gaga bakal terlibat dalam upacara pembukaan bertebaran di laman X selepas fanatik tegar 'The Fame Monster' ini terlihat props yang menyamai konsep dipertaruhkan bintang kesayangan mereka itu.

Selain Lady Gaga, nama Dua Lipa dan Ariana Grande turut berada dalam radar selebriti pilihan yang bakal membuat persembahan epik di pentas Olimpik.

Apa-apa pun kita nantikan aksi pembukaan gilang gemilang ini dengan saluran Astro Arena 801HD akan bawakan liputan terperinci upacara pembukaan bermula jam 1.00 pagi Sabtu.

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris: Perancis Dikutuk Gara-Gara Larang Atlet Wanita Berhijab

​BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.
Sukan

Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar Menang Aksi Pertama

gempak
29/08/2024
12:40 MYT
Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Terkini

Pengasas Telegram, Pavel Durov Tidak Dibenar Tinggalkan Perancis

gempak
29/08/2024
03:55 MYT
Pengasas Telegram, Pavel Durov, kini berada di bawah siasatan rasmi dan tidak dibenarkan meninggalkan Perancis, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwa Perancis pada Rabu.