Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia Mahu Terus Berjuang Bawa Pulang Pingat Emas Untuk Malaysia - “Iltizam Saya Adalah Untuk Memastikan…”
Izzat
14/08/2024 16:55 MYT
14/08/2024 16:55 MYT
Pemain badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia tidak menyangka akan melalui perjalanan yang berliku selepas temasya Olimpik sulungnya di Tokyo pada 2020.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zii Jia berkata pingat gangsa yang diraih di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak mungkin menjadi realiti jika tidak kerana cintanya pada Malaysia.
Olimpik sulung
“Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 in punya nilai yang luar biasa buat sava. Selepas Olimpik sulung saya di Tokyo 2020, saya sama sekali tidak menyangka laluan berliku yang bakal saya tempuh.
“Mujur dalam impian saya bergerak sebagai profesional saya memiliki sebuah pasukan dalam bentuk TeamLZJ yang cukup komited. Kerana mereka, saya memiliki kekuatan menghadapi jatuh bangun sejak menjadi professional pada 2022.
“Pingat gangsa ni tidak mungkin jadi realiti kalau tidak kerana cinta saya pada Malaysia,” kata Zii Jia menerusi Instagram miliknya.
Pada perkongsian yang sama, Zii Jia turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya dari segi fizikal, mental dan emosi.
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"
ARTIKEL BERKAITAN: Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang
ARTIKEL BERKAITAN:
"Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger
“Terima kasih kepada warga Malaysia dan penyokong saya di seluruh dunia kerana memberi sokongan fizikal, mental dan emosi agar terus berjuang sebagai pemain badminton perseorangan lelaki profesional,” ujar Zii Jia di ruangan kapsyen.
Atlet yang berasal daripada Alor Setar, Kedah itu turut menzahirkan terima kasih kepada Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol Ann David yang pernah berjasa buat Malaysia dalam sukan Skuasy sebelum umum bersara pada tahun 2019.
“Iltizam saya adalah untuk memastikan Impian Pingat Emas Olimpik sulung Malaysia jadi realiti, saya akan terus bekerja keras berbekalkan doa dan sokongan anda semua,” tambah Zii Jia.