Olimpik Paris 2024: Tangan Seluk Poket, Tak Pakai Cermin Mata Khas, Atlet Turki Usia 51 Tahun Ini Raih Perhatian Netizen
Gempak
01/08/2024 03:31 MYT
01/08/2024 03:31 MYT
Sejak bermulanya Olimpik Paris 2024, pelbagai ragam dapat dilihat dalam kalangan atlet yang menyertai puluhan acara menerusi temasya sukan tersebut.
Terbaharu, seorang atlet acara menembak dari Turki, Yusuf Dikeç meraih perhatian gara-gara gaya bersahajanya ketika di lapangan tembak.
Tidak hanya itu, Yusuf juga turut dilihat tidak mengenakan cermin mata khas yang sering digunakan atlet menembak.
Yusuf yang berusia 51 tahun selesa menyarungkan baju-t putih, seluar trek dan cermin mata hariannya.

Lebih istimewa, Yusof memenangi pingat perak pada acara itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Yusuf dilahirkan di kampung Taşoluk di daerah Göksun di Wilayah Kahramanmaraş.
Pada tahun 1994, Yusuf mendaftar ke Sekolah Tentera Gendarmerie di Ankara. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi koperal dan mula bertugas di Mardin. Kemudian, pada 1999, Yusuf memasuki Sekolah Tentera Gendarmerie.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Peserta Triatlon Muntah 10 Kali Berenang Di Sungai Seine, Tercemar Kuman E.Coli
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tepati Ramalan! Lee Zii Jia Mara, Tidak Berdepan Masalah Ke Pusingan 16
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir, Tan Boon Heong Dedah: “Tidak Ramai Yang Rasa Kalian Akan Berjaya”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia
Selepas satu tahun, dia menamatkan pengajian dalam pangkat sarjan. Yusuf berkhidmat selama setahun di Istanbul, dan kemudian dilantik ke Jandarma Gücü di Ankara, kelab sukan Gendarmerie Turki.
Dua tahun kemudian iaitu pada 2001, Yusuf mula melibatkan diri dengan sukan. Sejak itu, Yusuf mula bersaing dalam pasukan kebangsaan tentera dan juga dalam pasukan kebangsaan.
Sejak menceburkan diri dalam bidang sukan Yusuf meraih 10 pingat emas, 11 perak dan enam gangsa.
Ini merupakan penglibatan pertama Yusuf dalam sukan Olimpik.