Laman Utama

Omar & Hana Perkenal Sejadah Interaktif, Bantu Anak-Anak Solat Dalam Suasana Menyeronokkan

gempak
Shahrin Zulkifle
11/09/2022
06:00 MYT
Sponsor Banner
Omar & Hana Perkenal Sejadah Interaktif, Bantu Anak-Anak Solat Dalam Suasana Menyeronokkan
Sejadah interaktif pertama di dunia bagi pembelajaran solat untuk kanak-kanak telah diperkenalkan oleh syarikat animasi Omar dan Hana dengan kerjasama Digital Durian Animation, Astro Malaysia serta kolabrasi bersama My Salah Mat.
Sejadah tersebut direka untuk melatih kanak-kanak tentang sebutan yang tepat di dalam solat dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Malah, idea asal untuk mencipta sejadah tersebut datangnya daripada Pengarah My Salah Mat, Kamal Ali dan Ketua Pengarah Eksekutif, Digital Durian Animation iaitu Sinan Ismail itu sendiri.
Ambil Masa Demi Kualiti
Menurut Kamal Ali, proses menghasilkan produk tersebut mengambil masa yang lama agar kualiti yang dihasilkan sempurna.
“Kami mengalami beberapa kesukaran, antaranya dalam memastikan sejadah ini dapat memberi sebutan Bahasa Arab yang tepat sepertimana rakyat Malaysia membacanya. Secara amnya, praktikal solat semua adalah sama tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan.
“Ini agak memakan masa untuk merakamkan audio sekali lagi bagi memastikan pembelajaran solat ini sempurna bagi kanak-kanak di Malaysia,” katanya .
Kebaikan Dunia Akhirat
Sementara itu, Sinan Ismail pula mengharapkan ibu bapa serta anak-anak akan menerima manfaat daripada produk yang dihasilkan itu.
“Apabila saya berjumpa dengan Kamal di Uniked Kingdom pada tiga tahun yang lalu, saya berasa teruja apabila mengetahui bahawa Kamal menghasilkan sesuatu yang interaktif dan menyeronokkan untuk pembelajaran solat untuk kanak-kanak.
“Pada saat itu, saya tahu Omar dan Hana adalah karakter yang sesuai dan Alhamdulillah, sejadah interaktif Omar dan Hana kini sudah berada di pasaran.
“Kami sangat berharap ibu bapa dan anak-anak akan mendapat kebaikan daripada kolaborasi ini. Kebaikan di dunia dan di akhirat. InshaAllah,” kongsi Sinan.
Fungsi Sejadah Interaktif Omar Dan Hana
Dengan menekan butang pada sejadah tersebut, ia akan mengeluarkan audio yang mempunyai informasi tentang waktu solat, cara mengambil wuduk, bacaan surah lazim, doa-doa dan banyak lagi.
Sejadah interaktif Omar dan Hana berinteraksi dengan menggunakan suara animasi itu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Rakyat Malaysia boleh mendapatkan sejadah interaktif pada hujung bulan Ogos 2022.
Anafiya MY telah dilantik sebagai ejen jualan dan ibu bapa boleh membeli melalui laman web mereka di https://anafiya.my pada harga RM 299.00 (tidak termasuk kos penghantaran).
Untuk maklumat lanjut tentang Omar dan Hana, layari media sosial Omar dan Hana di Facebook dan Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live