Aktres jelita, Anzalna Nasir menyatakan konsep 'playhouse' untuk majlis akikah anak lelakinya, Mohamad Eidrees bukan pembaziran seperti yang didakwa oleh netizen.
Kata Anzalna, itu adalah rezeki buat Eidrees selain beranggapan tidak salah untuk dirinya berbelanja lebih.
"Sebenarnya ia mengikut kepada kemampuan kita tetapi apa yang penting adalah niat.
"Orang lain mungkin menganggap itu adalah pembaziran tapi bagi saya ia adalah rezeki untuk Eidrees.
"Tak salah menghabiskan duit untuk satu-satunya anak kami buat masa sekarang. Saya tidak kisah untuk berbelanja lebih buat Eidrees.
"Dalam masa yang sama, kami berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf," katanya kepada Gempak.
Anzalna ditemui ketika majlis akikah Eidrees yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 32, turut berkongsi perkembangan Eidrees yang kini berusia sembilan bulan.
"Eidrees seorang yang aktif. Dia dah mula berjalan, nak ambil makanan sendiri dan masa mandi pun nak buka pancuran air tanpa perlukan bantuan orang lain.
"Dia memang anak yang berdikari. Saya seronok membesarkan Eidrees tanpa bantuan pembantu rumah.
"Saya sendiri pun tidak percaya dengan orang lain. Lebih elok, saya dan Hanif yang sama-sama menjaga Eidrees selain ahli keluarga kami," katanya lagi.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Eidrees pada 31 Mei tahun lalu.
Zulaikha Yusof
Thu Feb 27 2020
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.