Sifu muzik, Datuk M, Nasir akui bahawa kebanyakan peminat artis lama kurang menggemari sekiranya mereka tampil menyanyikan lagu baru dengan sentuhan masa kini.
Menurut M. Nasir, rata-rata peminat lebih gemar mendengar artis kegemaran mereka menyanyikan lagu hit yang terdahulu sahaja.
"Kalau artis lama nak buat album baru, sebenarnya orang tak mahu dengar, mereka puji dan suka seseorang artis itu, tapi mereka lebih gemar dengar artis tersebut menyanyikan lagu-lagu lama mereka.
"Tapi tak dinafikanlah, memang ada peminat tegar bertanya bila artis lama nak keluar lagu baru, cuma adalah beberapa kerat sahaja.
"Peminat kurang suka kerana lagu baru kedengaran lain, kalau lagu-lagu lama memang ada sentuhan yang tersendiri," katanya.
M. Nasir berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Nusantara yang disegani ramai itu juga menyedari bahawa banyak juga lagu lama yang dinyanyikan oleh penyanyi baru.
"Pada masa sama, kita ada juga dengar lagu-lagu lama yang masih popular, tapi bukan orang lama yang menyanyikannya, penyanyi baru pula yang menyanyikan lagu lama," katanya lagi.
Anugerah MACP adalah satu acara yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil atau karya untuk perkembangan industri tempatan.
Acara itu tidak diadakan tahun lalu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.
Meskipun kembali diadakan tahun ini, ia diadakan dengan skala kehadiran tetamu yang lebih kecil dalam suasana norma baru dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hasil royalti kutipan MACP didapati daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen, radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang mempunyai lesen di bawah badan berkenaan.
BACA: Komposer Kontroversi Namewee, Zynakal Antara Yang Merangkul Anugerah MACP Tahun Ini!
Asraf Aided
Tue Jan 04 2022


“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?
.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!

"Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar
Jodoh tak panjang...

“Bukan Mudah Tapi…”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Sah Cerai Talak 1
Selepas 19 tahun, jodoh tak panjang....
![Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3] Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1967314/thumbnails/5820789891652759768203_640x390.jpeg)
Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]
Episod kali ni ada member baru join Mizi, Ernest & Batrisyia. Siap kena interview lagi ye.. Tapi challenge minggu ni love! Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas
Kami semua panggil dia Love mungkin sebab ada sinonim juga dengan nama dia, Lofa.

“Lebih Teruk Dia Telah Perkenalkan Dengan Seorang Lelaki…”- Rugi RM52,900, Wanita Bakal Heret Bekas Isteri Da’i Farhan Ke Mahkamah
Bekas Isteri Da'i Farhan buat hal lagi?

“Dari Dulu Teringin Bawa Anak Yatim Tunai Umrah” - Hafiz Mahamad Syukur Dapat Tunaikan Nazar
Alhamdulillah, tertunai nazar.

“Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?
Amboi masing-masing!

Normah Damanhuri Boleh Tanggal Tudung Tapi Kena Pakai Wig, Akui Ada Rasa Segan Bawa Watak Gedik-Gedik Manja!
Normah Damanhuri bincang dulu dengan pengarah Tiga Janda Melawan Dunia.