Pelakon, Cillian Murphy berjaya memenangi Anugerah Akademi atau Oscars 2024 dalam kategori Pelakon Terbaik menerusi filem lakonannya, Oppenheimer.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Cillian berjaya mengenepikan calon-calon lain iaitu Bradley Cooper (Maestro), Colman Domingo (Rustin), Paul Giamatti (The Holdovers), dan Jeffrey Wright (American Fiction).

BERITA TRENDING: Vanessa Hudgens Beri Kejutan, Tayang Kehamilan Di Oscars 2024

"Sebagai warga Ireland, saya berbangga berdiri di sini pada malam ini. Saya berterima kasih kepada Nolan dan penerbit Emma Thomas kerana membawa saya ke dalam perjalanan paling liar, paling menggembirakan dan paling kreatif ini," ujarnya.

Filem Oppenheimer berjaya merangkul tujuh kemenangan manakala Poor Things berjaya meraih empat anugerah termasuk kemenangan Emma Stone sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Selain Cillian, aktor Robert Downey Jr. turut dinamakan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem yang sama, iaitu Oppenheimer.

Sekadar info, filem Oppenheimer sebelum ini laris di box office global dan meraih lebih 950 juta dolar Amerika, serta mendapat pujian dari pelbagai pihak.

Filem itu mengenepikan sembilan calon lain seperti Barbie, American Fiction, Anatomy of a Fall, The Holdovers, Killers of the Flower Moon, Maestro, Past Lives, Poor Things dan The Zone of Interest.

Sumber: The Guardian