Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir beberapa hari sebelum memulakan penggambaran.

Dakwa Osman, tindakan pelakon lelaki terbabit secara tidak langsung telah menjejaskan proses kerja banyak pihak.

"Sepatutnya pengambaran projek ini sudah bermula tapi tergendala lagi. Agak kecewa dengan sikap segelintir hero generasi muda.

"Job dah confirm, malah latihan aksi pun sudah hadir, tapi tiga hari sebelum shooting tiba2 tarik diri.

"Tindakan yang teruk menjejaskan proses kerja semua pihak," ujarnya.



Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pihaknya terpaksa mencari hero gantian ketika ramai pelakon sudah terikat dengan kerja lain.

"Sekarang produksi terpaksa mencari hero pengganti dalam keadaan ramai pelakon sudah terikat dengan projek lain.

"Walau bagaimanapun, perjuangan harus diteruskan. Semoga projek ini dipermudahkan segala urusan oleh Nya. Insyaallah," tambahnya.

Hantaran Osman itu mendapat pelbagai reaksi dan respon dalam kalangan penggiat industri.

Malah, beberapa pelakon lelaki yang tampil menawarkan diri untuk terbabit dalam naskhah pengarah hebat itu.

BERITA TRENDING: “Dia Baik, Sopan, Tidak Gedik Langsung Di Set” - Osman Ali Nafi Dakwaan Sophia Albarakbah Suka Kacau Suami Orang

BERITA TRENDING: "Ambil Influencer Berlakon Tanpa Ujibakat Itu Salah, Tak Adil Bagi Pihak Lain" - Osman Ali