Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah ContentAsia Awards 2021.

Perkara itu diumumkan oleh penganjurnya ContentAsia, semalam.

The Masked Singer Malaysia yang mula ditayangkan 18 September 2020 itu memenangai kategori Best TV Format Adaption (non-scripted).

Difahamkan, kategori ini adalah untuk format bukan skrip tempatan atau antarabangsa yang disesuaikan untuk penonton di Asia.

Untuk makluman, ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf kandungan terbaik serata Asia, termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

A post shared by ContentAsia (@contentasia.tv)

Sekadar info, The Masked Singer Malaysia ditayangkan selama lapan minggu yang menyaksikan penyanyi, Aina Abdul sebagai juara musim pertama.

Aina Abdul yang tampil sebagai Bunga Raya membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.

Tempat kedua pula jadi milik Rajah Brooke yang dipakai oleh penyanyi Vaneesa Reynauld.

Orang Utan yang dipakai oleh anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju berada di kedudukan tempat ketiga.

Sementara itu, Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat manakala kelima adalah Enggang iaitu Vince Chong.

Kesemua persembahan peserta diadili lapan orang juri terdiri daripada barisan selebriti tanah air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

The Masked Singer Malaysia menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.