Terkini

“Pada Awalnya Ragu-Ragu, Tapi….” - Pemain Bola Sepak Cacat Penglihatan Teruja Berlakon Filem

gempak
Azwa Rahman
10/03/2020
10:22 MYT
Sponsor Banner
“Pada Awalnya Ragu-Ragu, Tapi….” - Pemain Bola Sepak Cacat Penglihatan Teruja Berlakon Filem
Pemain bola sepak cacat penglihatan kebangsaan, Asri Arshad cukup teruja untuk menjadi antara tunjang utama filem Eye on The Ball (EOTB) yang akan menemui penonton minggu depan.
Bagi Asri, 25, walaupun teruja, pada awalnya dia agak ragu-ragu tentang penghasilan filem ini memandangkan mereka merupakan sekumpulan orang cacat penglihatan.
“Mula-mula bila dapat tahu tentang penghasilan filem ni, kami satu pasukan ingatkan ia hanyalah satu sesi temubual yang akan disiarkan di mana-mana platform digital.
“Tapi bila pengarah filem Yihwen Chen memberikan penjelasan tentang apa yang akan berlaku, sejujurnya kami agak ragu-ragu sebab kami adalah seorang atlet dan bukannya pelakon.
“Dia siap beritahu jurukamera akan ikut ke mana sahaja pergerakan kami, ikut latihan, masuk asrama dan balik kampung, kami macam terkejut.
“Tapi lepas beberapa minggu, kami dah dapat faham tentang apa yang berlaku dan jalani kehidupan seperti biasa sambil pihak produksi buat hal mereka,” jelas Asri kepada Gempak.
Asri berkata demikian ketika ditemui di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Asri, dia yang cacat penglihatan sejak lahir sudah lama meminati sukan bola sepak dan memang cita-citanya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan.
“Saya mula bermain bola sepak pada tahun 2015 dan menyertai Persatuan Orang-Orang Buta di Brickfield semata-mata sebab nak main bola.
“Saya menyertai persatuan ni untuk belajar pelbagai kemahiran untuk orang buta tapi matlamat utama saya untuk menyertai pasukan bola sepak mereka.
“Saya teruja apabila tahu orang buta boleh main bola sepak sampai ada pasukan kebangsaan untuk mewakili negara lagi,” jelasnya lagi.
EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak profesional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live