Viral
Paderi Dakwa Bertemu Tuhan & Diberi Mandat, Jual Tanah Di Syurga Boleh Bayar Pakai PayPal, Google Pay…
Seorang paderi di sebuah gereja Mexico menjadi buah mulut selepas membuat tawaran mengejutkan buat pengikut ajaran Kristian.
BERITA TRENDING: Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
BERITA TRENDING: Paderi Terkenal Peluk Islam Lepas 45 Tahun, Tukar Nama Abdul Rahman
BERITA TRENDING: Sahut Mimpi, Paderi Peluk Islam & Kini Tunai Haji
Paderi dari Gereja Iglesia del Final de los Tiempos atau End of Times itu membuat tawaran menjual tanah di syurga.Dia mendakwa telah bertemu Tuhan secara peribadi pada tahun 2017. Dalam pertemuan tersebut dia diberi mandat untuk menjual semeter tanah di syurga pada harga RM470.
Tidak hanya menjual tanah syurga, dia juga berjanji pembeli yang membeli dengannya akan mendapat lokasi tanah yang terbaik dan berdekatan singgahsana Tuhan.
Malah pembeli boleh membayar tempahan tanah syurga dengan pelbagai cara termasuk menggunakan PayPal, Google Pay, Visa dan Mastercard, lapor news18.com.
Tawaran tersebut kemudian menjadi tular selepas video paderi membuat kenyataan tidak masuk akal itu di gereja tersebar di media sosial.
Bagaimanapun iklan dengan gambaran kediaman di awan yang disifatkan dalam syurga yang didakwa merujuk kepada penjualan tersebut hanya ‘ejekkan’ daripada netizen.
Ramai menyifatkan tawaran yang dibuat sebagai merepek dan penipuan terbesar. Mereka juga menasihatkan agar jangan cepat terpedaya kerana ia hanya satu lagi cara menipu orang dengan menggunakan agama.
Ironi ini bukan kes pertama paderi mendakwa bertemu Tuhan dan menjual tanah di syurga.
Pada 2018, seorang paderi dari Zimbabwe ditahan selepas menjual tiket melawat syurga dengan harga RM2,500 seorang.
Tahun lalu paderi di Uganda juga memujuk pengikutnya untuk mencairkan aset mereka seperti tanah supaya dapat dijadikan dana masuk ke syurga.
BERITA TRENDING: Terima Layanan Baik, Ebit Lew Santuni Paderi Di Gereja Sao Paolo Brazil Buat Netizen Terharu - “Tolong Tak Kira Agama”
Must-Watch Video