Hanya memerlukan sebuah mimpi, seorang paderi dari Afrika Selatan memeluk Islam.
Ini adalah kisah hidup yang dilalui oleh Richmod yang kini memiliki nama Islam, Ibrahim Richmond selepas menjadi mualaf.
BACA: Terima Layanan Baik, Ebit Lew Santuni Paderi Di Gereja Sao Paolo Brazil Buat Netizen Terharu - "Tolong Tak Kira Agama"
Di dalam mimpinya sekitar tiga bulan lalu, mantan paderi ini diminta mengajak pengikutnya menjadi Islam dan dia melakukan ‘perintah’ yang diterima, lapor aboutislam.net.
Ibrahim merupakan paderi selama 15 tahun dengan memiliki 100,000 pengikut.
Menurut laporan media antarabangsa, Ibrahim mendakwa sedang tidur di sebuah bilik kecil di dalam gereja.
“Saya mendengar satu suara menyuruh saya dan pengikut memakai baju putih,” ujarnya.
Laporan sama mengatakan Ibrahim juga berjaya mengajak pengikutnya memeluk Islam.
BACA: Justin Bieber Minta Paderi Adakan Uji Bakat Cari Calon Isteri
Dan seperti ‘hadiah’ terbesar dalam hidupnya, Ibrahim kini menjadi salah satu daripada lebih 1.9 juta umat Islam yang sedang menunaikan haji. Lebih istimewa kehadiran Ibrahim adalah memenuhi undangan daripada kerajaan Arab Saudi menerusi King Salman Ḥajj Program.
Menerusi potongan video yang dikongsikan akaun CGCSaudi di Twitter, Ibrahim mengaku terkejut dan menangis sewaktu mendapat tahu dirinya bakal menjadi tetamu Allah dalam musim haji tahun ini.
“Saya terkejut bila diberitahu akan berangkat ke sini (Mekah). Saya orang pertama dalam keluarga yang telah sampai di sini. Satu-satunya,” ujar Ibrahim dalam video tersebut.
Maliah Surip
Thu Jun 29 2023


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi