Skip to main content

Temubual/Temuramah

Balik Raya, Kucing Nak Tinggal Mana Kalau Cat Hotel Dah Penuh? Ini Tip Dari ‘Pak Cik Cat Sitter’

balik raya kucing nak tinggal mana kalau cat hotel dah penuh ini tip dari pak cik cat sitter

Sekilas

  • Servis cat sitter dan cat hotel menawarkan pilihan berbeza untuk penjagaan kucing semasa musim perayaan, bergantung kepada keselesaan haiwan peliharaan.
  • Cat sitter seperti Rohim Ismail datang ke rumah pemilik untuk menjaga kucing supaya haiwan tidak stres dengan persekitaran baru.
  • Permintaan servis cat sitter meningkat mendadak menjelang Aidilfitri, dan pengurusan masa penting bagi mereka yang bekerja secara solo.

Selain manusia, kucing juga menjadi antara “ahli keluarga” paling disayangi, khususnya bagi pencinta haiwan ini. Malah, bagi sesetengah individu, meninggalkan si bulus ketika pulang ke kampung bukanlah satu keputusan yang mudah.

Menjelang Aidilfitri, persoalan sama sering timbul setiap tahun. Nak tinggalkan kucing di rumah, hantar ke cat hotel atau bawa pulang sekali ke kampung?

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, Gempak sempat menemubual Rohim Ismail, atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Cik Cat Sitter’, yang sudah tiga tahun menawarkan servis menjaga kucing dari rumah ke rumah.

Menurut Rohim, masih ramai yang keliru tentang perbezaan antara cat hotel dan cat sitter, sedangkan kedua-duanya menawarkan pengalaman yang berbeza untuk haiwan peliharaan.

“Cat hotel ni ada premis yang sediakan tempat tinggal kucing… Owner kucing tu akan hantar kucing ke hotel tu lah.

“Beza pet sitter macam pakcik buat, pakcik datang ke rumah owner sebab tak semua kucing selesa tinggal dekat cat hotel," katanya.

Tambahnya, ada kucing yang mudah stres apabila berada di tempat baharu, justeru servis cat sitter menjadi pilihan kerana haiwan tersebut kekal dalam persekitaran sendiri.

Menariknya, setiap kali musim perayaan, permintaan terhadap servis ini meningkat secara mendadak, terutama menjelang hari raya.

“Yang paling ramainya dua hari sebelum raya dan tiga hari selepas raya sebab hari raya pertama tu Pak Cik pun memang kena bercuti lah.

“Pak Cik kena hadkan servis ni, contoh macam tahun pertama Pak Cik mulakan business, Pak Cik letak 10 rumah tau sebab tak tahu lagi… dari pagi sampai ke malam! Sejak dari peristiwa tu, kita belajar tentang pengurusan masa sebab buat pun seorang je tahun sebelum,” tambahnya lagi.

Jelas Rohim, pengalaman tersebut mengajarnya tentang kepentingan mengurus masa dengan baik, lebih-lebih lagi apabila bekerja secara solo.

Bagi pencinta kucing, pilihan sama ada untuk menggunakan cat hotel atau cat sitter bergantung kepada keselesaan haiwan peliharaan masing-masing. Apa yang penting, kebajikan si bulus tetap menjadi keutamaan walaupun tuannya pulang beraya jauh di kampung halaman.

Saksikan video penuh di Gempak.com.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement