Menakjubkan! Drama terbitan sooka Original Series, Kau vs Aku menjadi trending di TikTok dengan lebih 206 juta tontonan!

Dengan jalan cerita yang bagus, lakonan bersahaja dan tidak terlalu try hard merupakan antara faktor drama ini menjadi kesukaan ramai.

Jika sebelum ini Kau vs Aku mendapat 41 juta tonton di platform yang sama, kali ini terbukti drama ini benar-benar meletup!

Menerusi tinjauan di TikTok, rata-rata penonton berkongsi beberapa sedutan menarik dari drama itu dan mengaitkan dengan kisah kehidupan mereka di sekolah.

Menarik kan? Patutlah ramai yang kata Kau vs Aku mengingatkan mereka kembali ke zaman persekolahan.

Kau vs Aku ini merupakan novel Watpadd Webtoon Studios karya Nurul Husnina Mockthar.

Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Kau vs Aku ini juga mendapat kerjasama PUBG Mobile.

Bagi yang terlepas, saksikan Kau vs Aku di aplikasi sooka.my manakala episod baharu ditayangkan setiap Jumaat.