Laman Utama
“Pakai Tangan Yang Terbaik”- Ozlynn Tak Kisah Suap Anak Di Restoran Mahal
Pelakon Ozlynn mengakui sifat keibuan yang ada membuatkannya tidak menghiraukan situasi apabila perlu menyuap nasi anaknya ketika berkunjung ke restoran mewah.
Kata Ozlynn menyuap nasi menggunakan tangannya sendiri adalah yang terbaik.
“Mak-mak.. buh (tempatkan) la restaurant mahal tang (di) mana pon.. kalau kata kena suap anak….Confirm (pasti) pakai tangan mesti yang terbaik dan terpaling best. Anak kena hadap la kan…” katanya.
Isteri kepada pelawak Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya menyuap anak-anaknya itu.
Tambah Ozlynn lagi tugas menyuap anak ketika keluar makan ada kalanya membuatkannya tidak sempat untuk menjamu selera kerana sibuk menguruskan anak-anak.
“Kadang kala, kalau makan kat luar, lepas kita suap anak-anak giliran kita plak..pastu anak kecil dah nangis..
“Jadi tak sempat la nak makan, cuma dapat rasa saki baki di jari dan pinggan bekas suap anak sikit.. ahhh trus kenyang..
“Siapa sama macam saya? Jadi yang terakhir selepas itu terus tak sempat makan tapi kenyang..,” ceritanya lagi.
Ozlynn dan Johan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru dilahirkan, Cherdiq.
Must-Watch Video