Kemunculan virus Covid-19 terbaru yang digelar Omicron pastinya mencetuskan kebimbangan orang ramai seluruh dunia.

Tambahan pula, varian yang dikatakan lebih bahaya itu sudah pun memasuki Malaysia.

BACA : COVID19: Kes Pertama Omicron Dah Tiba Di Malaysia, Pesakit Telah Divaksinasi & Tiada Sebarang...

Pun begitu, menurut laporan The Mail terdapat vaksin yang dikatakan mampu menangani varian terbaharu.

Saintis berpandangan bahawa vaksin Valneva mempunyai kelebihan kerana kaedah penghasilan yang berbeza.

Menurut saintis, ia mengandung virus tidak aktif di mana keseluruhan virus Covid telah dineutralkan.

Oleh kerana suntikan Valneva mempunyai lebih banyak bahagian virus untuk sistem imunisasi bertindak balas, pakar berpendepat ia berkemungkin lebih bagus atau kebal berbanding vaksin yang lain.

Selain itu, keputusan ujian yang didedahkan bulan lalu juga menunjukkan dua dos Valneva adalah 95 peratus berkesan mencegah jankgkitan.

Malah, ujian terhadap 4,000 peserta itu juga menunjukkan tiada sebarang kes penyakit serius selepas suntikan.

Sumber : Daily Mail