,
Berita

Pakatan Harapan Tunai Janji, Tiada Lagi GST Bermula 1 Jun 2018

Elrafaei Sapi
16/05/2018
12:06 MYT
Kementerian Kewangan mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditanggung rakyat negara ini sejak 3 tahun lalu dimansuhkan.
Dalam satu kenyataan, GST yang dikenakan pada bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam Malaysia dan diimport akan dikenakan kadar sifar GST yang berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018.
Pemansuhan GST adalah antara 10 perkara dalam tempoh 100 hari yang diperjuangkan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
Bagaimanapun, penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan GST.
"Semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.
"Pada masa sama, peniaga yang brdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai laput," katanya.
Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.
GST yang mula diperkenalkan sejak 1 April 2015 mengenakan kadar cukai sebanyak 6 peratus yang perlu dibayar pengguna dan peniaga.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Laman Utama

Anwar Ibrahim Segak Berbaju Melayu Pink, Lengkap Songkok & Capal Mulakan Hari Pertama Jadi PM Malaysia Ke-10

gempak
25/11/2022
04:25 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya sebagai pemimpin secara rasmi pada hari pertama.
Laman Utama

"BN Tak Sokong PH, PN, Kekal Jadi Pembangkang" - Ismail Sabri

gempak
22/11/2022
07:25 MYT
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Laman Utama

PRU15: "No Anwar, No DAP, Saya Rela Dipecat” - Tetap Teguh Pendirian, Hishammuddin Tidak Mahu Kerjasama Dengan PH

gempak
21/11/2022
04:18 MYT
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap dengan pendirian.
Laman Utama

#NakCakapSikit: Najib Cadangkan GST Dilaksanakan Semula Demi Kepentingan Rakyat…What Say You?

gempak
29/09/2021
13:34 MYT
GST berapa ramai yang faham tentangnya?
Unitar