Seorang jejaka yang menyeludup dadah, Charnut Seuksongkram, 29, dipaksa memohon maaf kepada dua ekor ayam selepas memaksa haiwan tersebut menelan kondom yang mengandungi dadah.

Dalam kejadian yang berlaku di Chiang Mai, Thailand, Charnut ditangkap oleh pihak berkuasa selepas memaksa dua ekor ayam tersebut menelan beberapa bungkusan kondom yang mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Charnut ditahan kerana tindak tanduknya yang membawa dua ekor ayam dalam kotak telah mencurigakan pihak polis.

Pihak polis melakukan penyiasatan segera dan mendapati keadaan perut ayam tersebut berada dalam keadaan berbeza berbanding ayam biasa.

Polis berjaya menyelamatkan dua ekor ayam itu dan melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan dadah tersebut.

Selepas pihak polis menjahit semula perut dua ekor ayam tersebut, Charnut dipaksa pihak polis untuk memohon maaf kepada dua ekor ayam itu kerana telah melakukan penganiayaan terhadap ayam berkenaan.

Charnut kini didakwa atas kesalahan berkaitan dengan dadah serta penganiayaan terhadap haiwan.

Sumber: DailyMail