Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Paling Hot Rabu: Pensyarah Hina Pelajar B40, Imej UiTM, Nenek Puaka Trending & Zarina Anjoulie Mengaku Dadah

Mya Amri
30/03/2022 14:27 MYT

Panas! Panas! Panas! Itulah perkataan sesuai digambarkan tentang apa yang berlaku sepanjang Rabu.

Tak percaya? Mari kami kongsikan cerita hangat sepanjang hari ini. Majoritinya adalah berkenaan dengan isu pensyarah dan juga B40.

1. Tidak sampai sejam dimuat naik di Twitter, video seorang profesor yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 menjadi tular hingga ditonton lebih 40,000 kali.

Menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.

BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
 

2. Tindakan seorang profesor yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 terus mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Rasydan Mohd Hassan menyelar tindakan pensyarah berkenaan dan menyifatkan ia satu merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!
 

3. Nampaknya isu seorang pensyarah yang didakwa telah menghina seorang pelajar golongan B40 ini semakin hangat.

Terbaharu, netizen mula ‘mengambil alih’ media sosial dengan memberikan gelaran ‘nenek UiTM puaka’ terhadap profesor berkenaan.

BACA: Isu Hina B40: Belum Reda, Netizen Ada Gelaran Baru - “Bye Kak Long 7E, Nenek UiTM Puaka Is Coming”
 

4. Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

BACA: Mengaku Bersalah Guna Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000
 

5. Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah tampil mengulas perilaku seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam yang memperlekeh kemampuan pelajar seperti tular di media sosial sejak Selasa.

Kongsi Fadzilah, beliau turu sayu dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar kurang berkemampuan seperti yang berlaku dalam klip video yang tular itu.

BACA: Isu Pensyarah Viral Hina Pelajar, Fadzilah Kamsah; “Jangan Terlalu Hidung Tinggi, Kelak Makan Diri”

#Recap #Pensyarah #B40 #Gempak Recap