Panas Hari Ini! Cerita Shuk Sahar, Mummy Jerung & Pelakon Tayang Alat Kelamin
Syafiqah Jalal
15/02/2022 13:58 MYT
15/02/2022 13:58 MYT
Nampaknya hari kedua di minggu ini menyaksikan banyak cerita-cerita selebiriti yang panas dan berkontroversi.
Antaranya nama Shuk Sahar menjadi hangat apabila dia dikatakan telah menerima karma, Mummy Jerung dedah nama sebenar dan paling hot cerita pelakon tayang alat kelamin!
Nak tahu lebih lanjut? Baca ringkasan serta link mengenai cerita-cerita panas hari ini Pengacara dan pelawak akui perlukan duit dan mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.
Kata Shuk, duit itu diperlukannya untuk meneruskan kehidupannya dan memulakan sesuatu yang baru. Pelakon Malaysia yang kini menetap di Taiwan, Hero Tai mencetuskan kekecohan di media sosial apabila tampil berkongsi bayangan saiz alat sulitnya di Instagram Stories baru-baru ini.
Hero Tai atau nama sebenarnya Dai Zuxiong, 35, menjawab soal jawab peminat yang bertanyakan kebenaran tentang ukuran alat sulinya yang dikatakan bersaiz 18 sentimeter.
Dua minggu lalu, kecoh di laman sosial apabila peserta Big Stage 2022, Sofiaa Marieylla mendedahkan yang nama sebenarnya ialah Siti Mariam.
Menerusi temu bual yang viral tersebut, ramai netizen mempertikaikan kenapa nama asalnya begitu jauh jika mahu dibandingkan dengan nama pentasnya, Sofiaa Marieylla.
Pelakon remaja Puteri Balqis mengakui dirinya menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa kehadiran bapa kandungnya.
Menurut Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15, ayahnya Azizi Aziz sudah lama menghilang dan ibu menjadi satu-satunya tempat dia bergantung harap.
Pelakon Rashidi Ishak akui lebih paranoid dalam menjalani rutin harian selepas dijangkiti virus Covid-19 sekitar Disember tahun lalu.
Menurut Rashidi, 48, selepas dijangkiti virus itu ketika menjalani penggambaran drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin, dia lebih bersikap Obsessive Kompulsif (OCD).