Laman Utama

“Aniaya Isteri Rezeki Sempit”- Perlukan Duit Sampai Jual Rumah, Shuk Sahar Dianggap Terima Karma

gempak
Syafiqah Jalal
15/02/2022
00:07 MYT
Sponsor Banner
“Aniaya Isteri Rezeki Sempit”- Perlukan Duit Sampai Jual Rumah, Shuk Sahar Dianggap Terima Karma
Pengacara dan pelawak akui perlukan duit dan mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.
Kata Shuk, duit itu diperlukannya untuk meneruskan kehidupannya dan memulakan sesuatu yang baru.
“Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan.
“Untuk saya mulakan buat perkara baru.. sebab itu perlukan duit. Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM (direct message) saya,” katanya.
Shuk memberitahu hajatnya itu ketika membuat sesi ‘live’ dan ditularkan dalam sebuah video TikTok oleh individu lain.
@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ♬ bunyi asal - mikha.ukasyah
Tiktok itu mendapat perhatian ramai tertutama kaum wanita yang mengganggap Shuk seperti sudah menerima karma di atas perlakuan curangnya sebelum ini.
Malah mereka meminta semua suami mengambil pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan sama seperti pelawak itu.
“Aniaya isteri reseki sempit…tulah lain kali hargai isteri dan anak-anak,” komen salah seorang netizen.
“Cepatnya Allah buat kerja. karma is real,” kata salah seorang warga maya
“Ambik iktibar, layanlah isteri dengan baik jika sebaliknya satu per satu ditarik balik,” nasihat salah seorang warga net.
Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024