
Pun begitu, nampaknya turner-tuner popular tiada diskrimasi terhadap pemilik C8 dan tetap menghasilkan kit badan khas untuk
Corvette C8. Antaranya,
Pandem atau sinonim dengan panggilan
Rockey Bunny.
Harga untuk pakej kit badan penuh ini agak murah iaitu cuma AS$7,000 (
RM29,070). Jika tidak mahu spoiler besar di belakang, harga pakej akan turun kepada AS$5,800 (
RM24,090).

Kit badan Pandem meliputi spoiler belakang bersaiz besar, fender dan skirt sisi yang membuatkan kereta nampak lebih lebar dengan set bampar lebar. Pandem juga mencipta satu splitter pada bawah bampar depan untuk mengurangkan rintangan angin semasa memandu laju. Model Corvette C8 ini sudah menggunakan pakej lengkap Pandem dan
disarung rim kustom dengan balutan tayar mudah melekat atas tar keluaran Toyo Tires.

Pakej Pandem ini bukan untuk semua pemilik Corvette C8 kerana ada yang tidak suka kepada reka bentuk secara berlebih-lebihan. Bagi mereka yang mahu nampak macam sebuah C8 di Pameran SEMA, inilah pakej paling sesuai.

Setakat ini, pakej itu belum ada dalam bentuk fizikal dan dikatakan masih di peringkat lakaran. Apapun Pandem di Amerika Syarikat s
udah mula mengambil pratempahan dan ini bermakna, pengeluaran pakej akan dibuat tidak lama lagi.
Pandem pernah menawarkan beberapa pakej kit badan lebar kereta termasuk dua pilihan untuk Toyota Supra A90, kit khas untuk BMW 8 Series (E31) generasi pertama, Mercedes 190E W201, Porsche Cayman dan Ford F-150 Raptor.