Covid-19

Pandemik COVID-19 Cetus Idea Wujudkan ewayang, TyIcKooUnS Filem Pertama Ditayangkan Secara Online!

Fiza Kamarudin
20/05/2020
23:26 MYT
Kebimbangan terhadap pandemik COVID-19 menyebabkan penerbit filem TyIcKooUnS memutuskan untuk menayangkan naskah tersebut di laman sesawang ewayang.com.
Pihak penerbit juga iaitu Worldwide Far East Bhd secara tidak langsung ingin menyahut seruan kerajaan untuk meneruskan amalan baharu (New Normal) kepada penonton untuk menonton filem baru walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 ketika ini.
Oleh itu filem TyIcKooUnS arahan Izan Hailmey Mokhtar yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia menjadi projek sulung ewayang.com.
Pelakon Malaysia yang terbabit antaranya Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Bront Palarae, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Manakala pelakon Indonesia pula Derry Darajat, Temon Templer, Jaim Al Rashid dan Anggun.
Pengurus Projek ewayang.com, djpool soul masters berkata, sesawang ini adalah alternatif terbaik buat karyawan filem dan produksi untuk menjadi lebih kreatif disamping menjana ekonomi.
"Pendekatan ini dilihat sebagai satu alternatif terbaik memandangkan masyarakat tidak boleh berlegar di kawasan umum tanpa tujuan khusus. “Pihak penerbit juga berhasrat untuk memajukan platform online sedia ada (ewayang.com) dengan memberi peluang kepada mana-mana pembikin filem (indipendent) berkongsi ruang dan peluang untuk memaparkan karya di atas talian.
“Jangan pernah putus semangat, teruskanlah berkarya,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu penerbitnya, Noor Ismahanum Mohd Ismail gembira kerana selepas mengambil masa hampir 8 tahun untuk disiapkan, TyIcKooUnS akhirnya bakal menemui penonton bermula 22 Mei ini.
"Banyak cabaran dan dugaan ditempuh dalam perniagaan sepanjang menyiapkan filem ini. Syukur ia akhirnya menemui penonton.
"Saya menghasilkan filem ini kerana minat yang sangat mendalam terhadap konsep filem berteraskan rumpun dan kehidupan sejagat.
"Untuk itu, saya mengetengahkan filem nukilan skrip Khairunazwan Rodzy yang juga seorang penggiat teater tanahair," katanya.
Menurutnya, filem yang menelan belanja hampir RM2 juta ini dipilih disiarkan melalui platform online memandangkan situasi kini yang masih belum pulih.
"Kebanyakan masyarakat pun cenderung menonton video secara online. Kami juga secara tak langsung ingin menyahut seruan kerajaan untuk meneruskan amalan baharu (new norm) kepada masyarakat,” katanya.
Filem ini boleh dilanggan dengan harga RM15. Istimewanya penerbit turut menawarkan hadiah bernilai RM250,000 untuk setiap penonton bertuah.
TyIcKooUnS adalah gabungan perkataan ‘Tycoon’ dan ‘Tikus’. Tycoon adalah simbolik kehidupan manusia yang pelbagai. Tikus pula simbolik dalam filem ini yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk meragut serta merampas hasil orang lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Tak Minat Berlakon Filem Seram Sebab Jiwa Tak Tenang, Tapi Filem Wangi…” – Erra Fazira

gempak
29/06/2020
11:07 MYT