Skuad powerlifting negara, Jong Yee Khie telah meraih pingat perak acara 107 kilogram (kg) lelaki dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Setelah terlepas angkatan pertama 230kg, Yee Khie mengangkat bebanan 237kg pada angkatan kedua.

Atlet berusia 33 tahun dari Sarawak itu melakukan angkatan 237 kg, kurang 2kg daripada angkatan peribadi terbaik, untuk memenangi pingat perak di Tokyo International Forum hari ini.

Berita gembira ini dikongsi oleh Facebook rasmi, Majlis Sukan Negara.

“You did it! Congratulation Jong Yee Khie. Pemenang pingat perak. Powerlifting Kategori 107 kilogram Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” maklumnya.

Kemenangan ini merupakan pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Tokyo selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas acara powerlifting 72kg lelaki.

Tahniah kontigen Paralimpik Malaysia.