Bagi anda semua yang paranoid tentang kamera tersembunyi ketika berada di tempat baru, terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai setiap kali anda menginap di hotel atau pusat peranginan.

Ini antara yang anda boleh cuba:

#1 Kaedah Paling Mudah, Selongkar!



Kamera yang disembunyikan selalunya akan diletakkan di sudut terbuka yang mampu merakam pergerakan anda.

Selalunya peralatan yang agak meragukan termasuklah cermin, barangan dekorasi, jam, alat elektronik, pengesan asap dan beberapa barangan yang jelas.

Pihak tertentu tidak akan meletekkan kamera pada lokasi yang sukar untuk merakam.

#2 Buat Panggilan!



Keadah ini bukanlah paling efisyen namun anda boleh cuba buat panggilan dan cuba bergerak mengelilingi bilik.

Dengar panggilan berkenaan sekiranya terdapat gangguan bunyi sama ada dari telefon pintar atau alatan dalam bilik terbabit.

#3 Guna Kamera Swafoto Pada Telefon Pintar



Anda boleh cuba dengan menggunakan kamera utama, namun sekiranya gagal anda boleh menukarkan kepada kamera depan.

Ini kerana kamera belakang selalunya sudah ditapis dengan 'infrared filters' yang menghalang kamera mengesan cahaya infrared.

Anda boleh uji kamera anda dengan menghalakan alat kawalan televisyen pada lensa. Tekan mana-mana butang dan lihat cahaya keluar pada skrin kamera anda.

Jika ada, maka peranti anda bersedia untuk mengesan kamera tersembunyi. Pastikan anda menutup segala lampu di bilik.

Sumber: Wikihow