Pelakon popular Korea, Park Seo Joon menafikan bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktress, Park Min Young.

Menurut laporan Allkpop, walaupun hubungan percintaan mereka heboh diperkatakan di media sosial namun pihak pengurusan Park Seo Joon menafikan berita tersebut.

“Hubungan diantara mereka adalah hanya sebagai seorang rakan sekerja dan dakwaan bercinta adalah tidak benar.

“Dakwaan mengatakan mereka bercinta ini timbul selepas berlakon bersama dalam drama sebelum ini.

“Apa yang boleh saya sahkan disini bahawa hubungan mereka memang rapat dan certia mengenai percintaan yang terjalin antara mereka adalah tidak benar,” kata pihak pengurusan Awesome ENT.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan Park Min Young juga menafikan bahawa mereka sekarang ini sedang bercinta.

Sebelum ini gosip mengatakan kedua-duanya sudah menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap sejak tiga tahun lalu malah ada di kalangan peminat sudah memberikan jolokan nama Park-Park Couple kepada pasangan selebriti ini.

Sumber: Allkpop