Bukan majlis perkahwinan, hanya acara pra perkahwinan tetapi pasangan anak antara individu terkaya di India akan diraikan dengan cukup luar biasa mewah.

Pasangan Anant Ambani dan Radhika dilaporkan akan mengadakan majlis pra perkahwinan gemilang selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Mac 2024 dengan dihadiri sekitar seribu tetamu yang diundang dari seluruh dunia.

Tetamu-tetamu tersebut termasuklah Billa Gates, Mak Zuckerberg dan Hillary Clinton. Bersama tetamu lain, mereka akan menikmati hidangan mewah termasuk dari Mexico, Parsi, Jepun dan Thailand yang disediakan oleh 21 chef daripada hotel terkemuka.



Tidak hanya itu, majlis pra perkahwinan yang dijadual berlangsung di kediaman keluarga bakal pengantin perempuan di Jamnagar, Gujarat akan diserikan dengan persembahan daripada pesohor Rihanna.

Menurut laporan media tempatan, Radhika Merchant, 29, merupakan anak perempuan kepada billionaire Shri Viren Merchant yang juga merupakan CEO kepada syarikat kesihatan Encore Healthcare.

Anant Ambani pula adalah anak lelaki bongsu dari keluarga kaya raya Mukesh Ambani yang juga mempunyai empayar perniagaan Reliance Industries.

Menerusi acara pra perkahwinan yang berlangsung selama tiga hari, tetamu antaranya akan dibawa bersantai dan melawat haiwan peliharaan keluarga tersebut sebelum Rihanna menghiburkan mereka.

Ironi Anant dan Radhika yang bertunang pada Januari tahun lalu hanya akan berkahwin pada 12 Julai 2024 di Mumbai.

Dilihat sebagai perkahwinan mewah tahun ini, keluarga Anant Ambani sebelumnya terlebih dahulu mencuri tumpuan dunia apabila menjemput Beyonce membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada 2018.

Beyonce didakwa menerima bayaran sebesar $6 juta untuk melakukan konsert tertutup di majlis tersebut.