Skip to main content

Viral

Patut Lama Tak Dengar Khabar, Mawar Rashid Umum Hamil Anak Ketiga - “Dalam Kepahitan Ada Kemanisan..”

mawar-rashid-hamil.jpg

Selebriti Mawar Rashid mengumumkan dirinya kini hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama suami, Raf Yaakob. 

Menerusi laman sosial Instagram, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 27, berkongsi perjalanannya mengharungi kesukaran sewaktu trimester pertama. 

Istimewanya lagi, Mawar turut merakamkan detik manis bmemaklumkan berita kehamilan tersebut kepada suaminya bersaksikan panorama indah Menara Eifil di Paris. 

“Syukur alhamdulillah, terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapatkan cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT hajatnya. Insyallag amin,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, anak kelahiran Kelantan itu memaklumkan dia diuji dengan pelbagai dugaan ketika mula-mula mengetahui dirinya dikurniakan rezeki zuriat. 

“Lama Mawar tak update story, sampai terpaksa pergi hospital sebab severe dehydration. 

“Tak boleh makan dan minum, sakit kepala sampai terbaring. Terrpaksa tolak job, diuji dengan anak-anak pula demam lama berkali-kali. 

“Namun dalam kepahitan ada kemanisannya. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung di dalam badan Mawar. Pelan nak kejutkan Raf di Eropah,” jelas Mawar lagi. 
 

Must-Watch Video

Advertisement