Nama Intan Lembata menjadi popular di kalangan netizen bukan sahaja di Indonesia tetapi juga Malaysia usai videonya di TikTok menyanyikan "begitu syulit lupakan Rehan" viral.
Sejak menjadi viral, pelbagai program radio dan televisyen memanggil wanita tersebut untuk diwawancara.
Salah satu program tv yang baru mewancaran Intan adalah dari Brownis Trans TV yang tayang di YouTube.
Menerusi wawancara tersebut, Intan mengaku sosok di balik Rehan dalam lagu milik The Junas Monkey tersebut adalah lelaki yang muncul dalam mimpinya.
Saat menjadi tetamu Feni Rose dalam acara Rumpi No Secret beberapa hari lalu, Intan menjelaskan tentang mimpi bertemu Rehan.
Dia mendakwa Rehan muncul dalam hidupnya setelah setahun dia dan kekasih putus cinta.
Tiba tiba, sewaktu dia berehat dan tertidur di ladang jagung, dirinya didatangi mimpi. Mimpi itu adalah seorang lelaki yang akhirnya dikenali sebagai Rehan,
"Itu setelah satu tahun 2020 (putus). Jadi saya mimpi Rehan di kebun jagung pada 2021 sewaktu saya tertidur kelelahan selepas menanam jagung,” akui Intan dalam program tersebut seperti dilaporkan semula oleh CNNIndonesia.
Intan kemudian menjelaskan: “Acara mimpinya seperti pesta pernikahan. Saya jadi pengantin perempuannya.”
Selepas mengalami mimpi tersebut, dia menceritakan kepada ibu dan bapanya. Namun kedua ibu dan bapanya telah menjalankan satu upacara atau adat menolak bala kerana bimbang mimpi itu boleh memberi nasib buruk kepadanya.
Meski demikian, Rehan masih tetap datang dalam mimpinya.
“Selagi dia kelihatan kacak, saya aman, tak takut,” katanya sambil ketawa.
Sebelum ini video Intan mendendangkan lagu dengan judul Cukup Dikenang Saja menjadi viral selepas dirinya menukar lirik ‘kamu’ kepada Rehan.
Cara nyanyian dan mimik mukanya yang mengalirkan air mata saat mendendangkan lagu tersebut telah membuat dirinya bukan sahaja dikenali dalam kalangan netizen, tetapi juga Presiden Indonesia, Jokowi.
Maliah Surip
Wed Sep 28 2022


Kes Bunuh Zayn Rayyan, Anjing Pengesan K9 Turun Padang, Netizen Ucap - “Good Luck Falco, Semoga Ada Petunjuk”
All the best Falco.

Mamat Got No Chill Dah Kahwin, Ramai Puji - “Wife Dia Cantik, Comel”
Alhamdulillah, selamat pengantin baru Mamat.

Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!
Fan Bingbing kata sedap durian Malaysia!

#TRAVELMANA: Ini Sebab Kenapa BTS ARMY Perlu Mengunjungi Pameran B-VERSE (BTS, Singing The Stars)
Jom BTS ARMY!

Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna
Pulak dah?
_1.png?ext=.png)
#TRAVELMANA: Cuti Krismas Tak Tahu Pergi Mana? Rasai Pengalaman Menaiki Luge Bersama Keluarga Di Skyline Luge Kuala Lumpur!
Wow! Bestnya

Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares
Tahniah Jojo!

Beri Sebab Berdiam Diri, Ibu Luah Kerinduan Pada Zayn: “Jumpa Lagi Ya Abang”
Ini sebabnya

Suspek Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Mungkin Ada Rekod Jenayah Seksual
Allahuakhbar...

Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap, Apakan Daya..."
Persiapan semua dah siap!