Mula ditayangkan hari ini, filem Olympic Dream yang mengangkat tema sukan badminton sememangnya tidak mengecewakan para penonton.

Ternyata pengarah dan penerbit Olympic Dream, Don Hoe bijak menarik perhatian penonton dengan jalan cerita yang menarik untuk disajikan.

Percaturan Don Hoe meletakkan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin dan Jordon Voon (pelakon filem Hong Kong – Malaysia) sangat tepat kerana kedua-duanya dilihat menghidupkan jalan cerita dengan baik.

Selain lakonan mantap kedua-dua mereka, penampilan adik Annabelle Tan dan bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton, Adelle Ng sebagai penguat jalan cerita juga harus diberi pujian.

Apa lagi yang menarik tentang Olympic Dream? Ini sebab kenapa anda perlu ajak ahli keluarga sama-sama menonton filem ini:

#1 Legenda badminton negara ada bakat berlakon rupanya!
Penonton mesti tak sangka legenda badminton negara seperti Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun ada bakat berlakon!

Datuk Rashid Sidek pula, ini adalah kemunculan kedua dalam bidang lakonan selepas filem Cinta 200 Ela, 19 tahun lalu.

Yang lagi best semua legenda kit ani masih berbisa dalam sukan badminton! Tak percaya, kenalah tonton dan tengok aksi hebat mereka!

#2 Filem ini banyak menang anugerah dan tercalon di festival filem antarabangsa
Kalau dah menang anugerah, itu bermakna Olympic Dream ini diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa.

Jalan cerita bukan sahaja memberi tumpuan kepada sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik.

Karya ini turut menonjolkan keharmonian masyarakat antara kaum serta budaya.

Filem Olympic Dream turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

#3 Sisi berbeza Maya Karin
Kalau sebelum ini Maya Karin sering tampil cantik dengan watak-watak wanita kota, menerusi filem ini sebaliknya.

Maya memegang watak sebagai makcik Fatimah yang tinggal di kampung dan lagi real, tanpa solekan ya! No wonder lakonan Maya menambat hati juri, sekali gus diberi pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate England.

#4 Jalan cerita yang best
Seriously, selepas tonton filem ni automatik perasaan bangga terbit dalam diri sebagai rakyat Malaysia. Olympic Dream juga akan membuatkan penonton terinspirasi dengan kejayaan yang dicipta Anna. Moral of the story, tidak ada yang mustahil selagi kita tidak jemu berusaha dalam menggapai impian sehingga memperoleh kemenangan!

Jadi, korang semua jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang di pawagam rumah anda, Astro First bermula hari ini!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.