YouTuber terkenal Syahmi Sazli berkongsi momen indah apabila berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu pelawak dan penyampai radio Era iaitu Johan bersama isterinya Ozlynn Wati.

Menerusi satu posting di Instagram, Syahmi berkongsi beberapa keping gambar pertemuan antara mereka di sebuah restoran, semalam.

Turut kelihatan adalah pelakon utama video terbitan produksi Syahmi iaitu Yoe dan Asif.

"Dari dulu memang minat betul dengan Johan, Alhamdulillah hari ini dapat makan tengah hari sekali.

"Mereka pun sangat baik dan pemurah beli hadiah untuk Asif, Yoe serta isteri dan anak saya.

"Patutlah rezeki mereka murah. Moga abang Johan dan kakak Ozlynn sentiasa dalam rahmat Ilahi," katanya.

Sementara itu Johan dan Ozlynn yang berkongsi akaun Intstagram itu turut membalas komen pada posting tersebut.

Menurut mereka, rezeki Allah beri juga merupakan satu ujian besar.

"Allah nak tengok adakah kita kongsi rezeki. Moga kita dapat bagi manfaat pada orang lain dan diberikan kesihatan yang baik," katanya.

Sementara itu rata-rata netizen menyifatkan pertemuan antara dua pihak itu sebagai rezeki buat Syahmi.

Kebanyakan mereka menantikan gabungan antara Johan dah pihak Syahmi menerusi video akan datang.

Dari dulu mmg minat betul dgn @jozlynnhanania .. Alhamdulillah harini dpt lunch skali n diorang sgt baik n pemurah. Beli hadiah utk asif yoe mi wife n baby.. patut la rezeki diorang murah. Moga abg johan n kak ozlynn sentiasa dlm rahmat ilahi.

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on