Impian pasangan YouTuber Sugu dan Pavithra bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kenyataan.
Bagaimanapun soalan Perdana Menteri; “Pavithra tak masak ke?” menyebabkan suri rumah berusia 28 tahun itu tergamam.S Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri mengakui berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.
Advertisement
"Tadi beliau tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya.."
"Perkataan saya tersekat sikit," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya, pada Khamis.
Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis tersebut dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan Perdana Menteri.
Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.
Artikel Berkaitan:
- Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang PM Bagi
- Nak Cakap Sikit: Jangan Dengki Rezeki Orang…Kalau Sugu & Pavithra Beli Periuk Baru Pun, Kenapa?
- “Dia Sangat Menjaga Tutur Katanya Ketika Berbicara, Wanita Yang Lemah-Lembut & Sopan” – Jurusolek Kagum Keperibadian Pavithra
Sumber/Foto: BERNAMA