Terkini
Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir
Pejabat Gabenor Aceh melahirkan rasa kesal dengan kehadiran seorang bomoh hujan di stadium Harapan Bangsa bagi melakukan upacara 'menghentikan' hujan kerana disifatkan sebagai tidak selari dengan syariat Islam.
Malah aksi upacara pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari di dalam stadium yang terletak di bandar Aceh itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Upacara itu dipercayai dilakukan pada petang 27 Ogos ketika langit banda Aceh mendung dan ada petanda bahawa hujan akan turun.
Bagaimanapun usaha pawang itu tidak membuahkan hasil malah upacara yang kononya untuk 'mengalih' dan 'menghentikan' hujan itu berlaku sebaliknya, apabila hujan turun dengan deras disertai dengan angin kencang sebaik sahaja dia selesai melakukan perkara itu.
Susulan itu, dia dihantar pulang pada 28 Ogos lalu.
BERITA TRENDING: Netizen Serabut Raja Bomoh Sibuk Nak Tolong Cari Mangsa Tanah Jerlus - “No Thanks, Jangan Nak Buat Benda Bukan-Bukan”
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa
BERITA TRENDING: “Elak Dapatkan Nasihat, Letak Harapan Kepada Bomoh” – Menteri Agama
BERITA TRENDING: "Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum
Menurut pihak yang bertanggjawab membawa pawang itu, menjelaskan bahawa kehadiran dia ke lokasi adalah sebagai inisiatif daripada pekerja stadium bagi memastikan 'hujan' tidak turun semasa kerja pembaikan di stadium dilakukan.
Namun mereka mengakui bahawa, inisiatif tersebut diambil tanpa mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Aceh yang sangat mementingkan aspek syariat Islam.
Susulan itu satu permohonan maaf dibuat oleh pihak berkenaan.
"Mereka segera diminta untuk menyampaikan permohonan maaf kepada masyarakat awam.
"Aceh adalah daerah yang sangat menjaga nilai-nilai Islam dalam setiap apa sahaja yang mereka lakukan," kata wakil pejabat gabenor Aceh,Safrizal.
Aceh dan Sumatera Utara akan menjadi tuan rumah kepada penganjuran Pekan Olahraga Nasional (PON) XXI yang mana pembukaannya akan bermula pada awal September ini.
Banda Aceh akan menjadi lokasi pembukaan yang dijangka akan berlangsung pada 9 September nanti.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video