gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Pemain Bola Sepak Terpaksa Ditenangkan Polis Selepas Bergaduh Dengan Teman Wanita Di Tempat Awam
BERITA
Bekas Finalis MasterChef Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun Bunuh Pembantu Rumah
SUKAN
Badang Kerdil, Bonnie Raih Pingat Dunia 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

PBB Beri Amaran, Lapisan Ais Di Antartika Terus Mencair

gempak
Awani
25/11/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
PBB Beri Amaran, Lapisan Ais Di Antartika Terus Mencair
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia bakal berhadapan bencana akibat daripada lapisan ais yang mencair.
Guterres dijangka akan membawa isu berkenaan di Sidang Kemuncak Iklim PBB, COP28, di Dubai minggu depan.
"Apa yang berlaku di Antartika tidak kekal di Antartika. Dan apa yang berlaku beribu batu jauhnya mempunyai kesan langsung di sini di Antartika. Kita hidup dalam dunia yang saling berkaitan.
"Pencemaran bahan api fosil memanaskan planet kita, mencetuskan anarki iklim di Antartika. Lautan Selatan telah mengambil sebahagian besar haba daripada pemanasan global," katanya.
Guterres ke Antartika bersama Presiden Chile Gabriel Boric.
Kedua-dua mereka melawat glasier di rantau berkenaan serta berhenti untuk melihat koloni penguin.
Guterres akan berucap di PBB COP28 di Dubai minggu depan, di mana beliau akan "menyeru tindakan yang sepadan dengan skala krisis yang dihadapi dunia".
Pemimpin dunia akan hadir ke persidangan tahunan itu dengan tujuan mengekalkan sasaran perjanjian Paris, yang meletakkan kadar pemanasan global pada had 1.5 darjah Celsius.
Seperti yang dinyatakan, ikrar pelepasan karbon negara akan meletakkan dunia di landasan untuk memanas hampir 3 darjah Celsius abad ini.
AWANI
Topic Berkaitan
#PBB
#Dunia
#Antartika
#Ais Cair
#Lapisan Ais Cair
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video