Rentetan kejayaan filem Polis Evo 3 yang meraih kutipan tiket sebanyak RM51 juta dan menduduki tangga nombor satu filem terlaris 2023, naskhah yang mengangkat kisah kepolisian itu kini diabadikan di atas kanvas konkrit sebagai seni mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi, Kuala Lumpur.



Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw Dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, murah tersebut dilukis sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan penonton terhadap filem berkenaan.

BACA: #PE3: Kemah Boh! Polis Evo Dahului Kutipan RM41.3 Juta Dalam Masa 12 Hari... Siri Jelajah Pun Meriah Dengan Peminat

“Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.

“Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama,” katanya.

Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’. Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha.



Mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain Jastina, sesi pelancaran diadakan di lokasi mural tersebut pada pagi tadi turut dihadiri oleh pelakon utama Polis Evo 3, Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta pengarahnya, Syafiq Yusof.



Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith. Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBHG. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed.

Pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi. Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00.

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

BACA: #PE3: 'Bawa Balik' Inspektor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual, Cuma 100 Unit

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Dapatkan cenderamata eksklusif Polis Evo 3 termasuk t-shirt, sweatshirt dan tote beg berharga serendah RM39 sahaja. Klik link ini!