,
Laman Utama

Pecah Perut Layan Iklan Raya Bulan Bintang, Tak Tahan Auto Jadi Shukri Yahaya Tu! - "Antara Iklan Raya Yang Best"

Amri Hassan
10/04/2023
10:25 MYT
Tiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri, akan muncul pelbagai iklan raya daripada pelbagai syarikat korporat dan usahawan tempatan.
Tahun ini, buat pertama kalinya pengeluar jenama baju Melayu popular Bulan Bintang tampil dengan iklan raya sendiri berjudul Raya Macam Star.
Raya Macam Star ditonton lebih 500,000 hanya selepas dua hari dilancarkan di platform penstriman YouTube.
Meninjau ruangan komen di media sosial, rata-ratanya memuji kualiti penghasilan iklan raya berkenaan yang sudah nampak setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya saban tahun.
"Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power!" tulis @AkeemSharyzal "Level level iklan TNB siot. Power," tambah @syafiqyzd
"Lawa cinematography n editing dia," tulis @nhxkm_
"Fuhh iklan merekot mat," sahut @mrbunroy pula.
Malah, ada juga yang meminta Bulan Bintang meneruskan kesinambungan iklan raya berkenaan untuk tahun-tahun mendatang.
Tahun ni 1st time Bulan Bintang buat iklan raya. Harap dpt tempat dlm hati penonton, sebaris dgn iklan brand besar yang lain.
Tak sia-sia fight untuk Hannah Delisha berlakon… pic.twitter.com/eSZc74hfQR— meri (@meripergibulat) April 8, 2023 Dalam iklan terbabit, Zul seorang pemuda kampung yang jauh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.
Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan Beto Kusyairy yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbukanya.
Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.