Laman Utama

"Pedih Hilang Abah Sendiri Belum Pudar..." - Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua

gempak
Asraf Aided
01/09/2020
10:58 MYT
Sponsor Banner
"Pedih Hilang Abah Sendiri Belum Pudar..." - Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua
Pengacara Iesya Toh berkongsi kesedihan selepas pemergian bapa mertuanya, Muhamad Sulaiman yang meninggal dunia dua hari lalu.
Menurut Iesya, kedukaan berhadapan pemergian bapa kandungnya dua tahun lalu masih belum hilang, kini bapa mertuanya pula pergi menghadap Ilahi.
"Walaupun cucu-cucu Abah meriah, tapi bacaan mengaji Abah tetap jelas kami dengar, kenapa hari ni Iesya dengar Abah? Tapi sayup saja.
"Pedih hilang Abah sendiri belum hilang, baru bermanja dengan Abah mertua, Allah ambil pula.
"Abah tenang di sana ya, Abah teruskan senyuman itu sampai saat kita berjumpa semula, soal Mama, kami semua akan terus membahagiakan, walaupun tak sama macam Abah belai Mama," tulis Iesya di Instagram.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar dia kuat berhadapan dugaan itu.
Terdahulu, bapa kandung Iesya, Allahyarham Sanny Toh Abdullah telah meninggal dunia pada 7 Februari 2018 di Madinah ketika menunaikan ibadah umrah di sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024