Laman Utama

Peha Berlaga No Hal! Norren Iman Catwalk, Ramai Puji Sesuai Jadi Model Plus Size – “Sukalah Tengok Dia Ni, Confident! ”

gempak
Mya Amri
27/08/2022
06:30 MYT
Sponsor Banner
Peha Berlaga No Hal! Norren Iman Catwalk, Ramai Puji Sesuai Jadi Model Plus Size – “Sukalah Tengok Dia Ni, Confident! ”
Baru-baru ini, pelakon Norren Iman menjadi perhatian netizen selepas melakukan aksi runaway di pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW2022) dan menjadi wajah ilham (muse) kepada jenama streetwear tempatan, Neonate.
Kemunculan Norren dipentas peragaan menampilkan kelainan dengan perwatakan periang dan juga sedikit aksi ‘nakal’ membuatkan penonton yang hadir juga terhibur.
Kehadiran Norren juga membuatkan ramai yang memuji Neonate kerana meraikan kepelbagaian size untuk memperagakan koleksi busana terbaharu mereka, Neostalgia.
“Dia memang cantik… Congratulations, jadi tak adalah bosan asyik tengok model kurus-kurus melidi,” komen @4en_bahar
“Inilah nama dia beauty tak kira size, terbaiklah kak Norren,” tulis @nazur_20
“Sukalah dia ni confident dia Ya Allah,” coret @ciktya23
“Sebab tu aku suka dia ni, dia jadi diri dia. Confident dia memang cenggini” puji @puan_adda
BACA: Corat-Coret: Catwalk Norren, Pak Nil Tanggal Kasut & Kembar Rambut Neon Antara Yang Menarik Di KLFW2022 Neonate
Dalam pada itu, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Norren juga berkongsi pengalamannya menjadi muse dan membuat catwalk di KLFW2022.
“Walaupun berjalan seperti muatan terlebih harus ikut lorong kiri, but me just vibing with the song, with the people who attended to the show who cheered up for me.
“THANK YOU GUYS! I love the moment, the experience. IT WAS THE LONGEST WALK IVE EVER DID IN MY LIFE HAHAHAHA.
“I never thought @karlshafek and the team @neonate.company made such a lovely dress for a plus size woman like me. So comfortable, no doubt. Baju dia memang tutup aib kita MAK LOVE !
“The best part was, I get to walk with PAKNIL @aznilnawawihm ! She nervous dapat walk dengan idol kita.
“P/s: Aku bukan model ya, mana tahu orang pelik asal aku jalan happy-happy gitu. Maklumlah, peha kita ni berlaga, kang kalau catwalk lebih, takut bergesek berapi pulak peha den hahahaha,” tulisnya.
Terdahulu, buat julung kalinya jenama yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon Karl Shafek Ibrahim bersama rakan niaganya, Syahir Hamdan, Neonate Clothing mendapat slot pertunjukan solo untuk tahun 2022.
Neonate juga telah mempersembahkan 50 persalinan dan istimewanya pada edisi kali ini adalah koleksi yang diberi nama Neostalgia di mana Karl Shafek cuba mengembalikan trend-trend retro fesyen, tetapi diberi dengan sentuhan baharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live