Seorang pekerja di sebuah pusat terapi pertuturan di China telah memukul, menampar serta menendang kanak-kanak bisu dan pekak yang dijaga di situ.

Pekerja wanita itu mengugut dan memaksa seorang kanak-kanak lelaki memakan najisnya sendiri selepas enggan pergi ke tandas seperti yang telah diajar.

Wanita yang mengaku sebagai guru di pusat asuhan itu berpendapat hukuman kejam seperti itu dapat membantu kanak-kanak berkenaan bercakap.

Dalam pada itu, seorang guru lain pula dilihat menjerit di dalam kelas dengan menggunakan perkataan kasar seperti “Tidak guna otak ke? Tengok, betapa bodohnya kau ini!”

Kejadian itu terbongkar selepas Nanchang News menghantar wartawan ke Pusat Terapi Pertuturan Hope Nanchang bagi menyiasat perkara tersebut.

Rakaman kamera tersembunyi juga menunjukkan kanak-kanak itu menangis akibat ditendang pada bahagian tubuh dan ditampar di muka, selain dipukul di tangan menggunakan kayu.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian tersebut telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan pusat asuhan itu telah ditutup buat sementara waktu untuk siasatan.

Sumber : Thecoverage.my
Olahan : Izzat Ridzwan