Jika sebelum ini viral seorang gadis bergaduh bersama penjaga keselamatan di sebuah gedung perabot gara-gara tidak memakai pelitup muka, kini muncul satu lagi kisah hampir sama.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di sebuah restoran di Kuching, Sarawak.

Menurut laporan Sin Chew Daily, seorang pekerja telah dimarahi oleh pelanggan selepas memintanya supaya memakai pelitup muka atau mask sebelum memasuki premis.

Walaubagaimnanapun, arahan berkenaan nampak gayanya tidak disenangi pelanggan tersebut lalu bertindak menampar pekerja terbabit.

Pelanggan tersebut juga mendakwa pekerja restoran itu menganggu hal peribadinya.

Malah, individu berkenaan turut memberi alasan premis lain tidak terlalu tegas mengenai pemakaian mask.

Pelanggan tersebut akhirnya mengalah lalu beredar dari premis itu.

Difahamkan seluruh kejadian itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan.

Sumber: Sin Chew Daily