Video pelajar perempuan di sekolah SMA Sulthan Baruna, Cikadu, Kabupaten Cianjur di Jawa Barat diarah menjalani ujian kehamilan di dalam tandas dengan ditemani guru, tular di media sosial baru-baru ini.
Ia berpunca selepas guru di sekolah tersebut yang memuat naik video pelajar masih berpakaian sekolah keluar masuk dari tandas, mencetuskan dakwaan dalam kalangan netizen bahawa segelintir pelajar perempuannya hamil.
Jelasnya, berita tular di media sosial itu sebenarnya tidak tepat.
Menurutnya, ujian air kencing dijalankan pihak sekolah bukan bertujuan untuk kehamilan semata-mata tetapi untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.
"Berita tular tidak tepat, ia memberi gambaran bahawa terdapat pelajar di sekolah kami yang hamil dan oleh itu perlu menjalani ujian kehamilan.
Sarman menambah, kes kehamilan seorang pelajarnya pernah berlaku tiga tahun lalu dan ia telah diselesaikan dengan baik.
Justeru, bagi mengelakkan ia terjadi lagi, kami meneruskan ujian air kencing sebagai langkah pencegahan selain mengawal pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan.
Sumber: Sinar Harian