Pelakon yang popular dengan rancangan bersiri Highlander, Stan Kirsch ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Kirsch, 51, yang juga jurulatih lakonan dilaporkan menggantung diri dan berita mendukacitakan itu disahkan oleh isterinya, Kristyn Green.
"Kami telah kehilangan Stan Kirsch pada 11 Januari lalu dengan penuh tragis. Kami akan berkabung selama dua minggu," tulisnya menerusi kenyataan di Facebook.
Pasangan itu pernah menubuhkan sebuah studio lakonan di Hollywood.
Kirsch popular dengan watak Richie Ryan dalam siri popular Highlander selama enam musim.
Selain itu, Kirsch pernah muncul dalam siri televisyen General Hospital dan Friends.
Sumber: Variety