Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pelanggan Ini Terkejut Ada Kesan Gincu Bibir Pada Tisu Baharu Di Restoran!

Gempak
13/07/2024 06:55 MYT
Seorang pelanggan berasa terkejut apabila tisu yang diterima oleh teman lelakinya ketika menjamu selera di sebuah restoran di ibu kota mempunyai kesan gincu yang besar.

Memetik WeirdKaya, insiden mengejutkan itu telah dikongsi oleh pelanggan berkenaan menerusi platform Xiaohongshu baru-baru ini.

Menurut pelanggan berkenaan, tisu tersebut dilihat masih kelihatan baharu dan tidak pernah digunakan sebelum ini.

Tisu

“Saya perasan ada kesan gincu dan saya halang teman lelaki daripada terus menggunakannya,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Bercakap kepada WeirdKaya, wanita tersebut memberitahu yang dia berasa kurang berpuas hati dengan cara pengurus restoran berkenaan menangani isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Majikan Campak Makanan, Ini Respons Individu Yang Pernah Bekerja Di Sektor F&B - “Siapa Masak Lebih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Makcik Tiba-Tiba Marah Hariz Hamdan Lepas Makan Di Restoran Sebab Watak Farouk

ARTIKEL BERKAITAN: Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Viral Jalan Kaki Kajang-Beranang Kini Dah Dapat Kerja, Peniaga Dedah; "Bila Ke Rumahnya, Memang Benar Dia Perlukan Bantuan"

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

“Selepas kami memberitahu mengenai isu berkenaan, pengurus restoran hanya kelihatan terkejut dan menggantikan tisu berkenaan tanpa sebarang pampasan.

“Saya tidak mengharapkan pampasan yang banyak. Tetapi saya mahu mereka ambil perkara ini sebagai satu hal yang serius,” kata pelanggan itu.

Sejak isu ini tular di XiaoHongShu, ramai dalam kalangan netizen memberikan sokongan kepada pelanggan berkenaan.

Ada juga yang berkongsi perspektif daripada sudut pandang pekerja restoran.

“Sebenarnya kadang-kadang, restoran tidak bersalah. Saya pernah bekerja dengan beberapa restoran dan saya pernah lihat pelanggan wanita sengaja meletakkan tanda gincu pada tisu sebelum mengembalikan tisu tersebut ke tempat asal.

“Saya lihat tanda seperti gincu, pen dan ada juga yang menyemburkan minyak wangi terhadap tisu tersebut,” katanya.

Namun, terdapat netizen yang mempertahankan pelanggan tersebut di ruangan komen.

“Dia hanya berikan tisu baharu? Awak jangka dapatkan pampasan?”

“Mereka tidak meminta maaf kepada pelanggan. Ini sangat membimbangkan. Mungkin restoran itu leka dan berasakan tiada siapa yang akan perasan. Menggunakan kembali tisu merupakan satu hal yang tidak bersih dan melihat dan melihat mereka mengambil tisu kotor untuk diberikan kepada pelanggan lain adalah benar-benar membimbangkan. Keadaan ini sememangnya dikesalkan,” tulis netizen.

Sumber: Weirdkaya

#Gincu #Tisu
;