Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin
Maliah Surip
08/08/2024 21:55 MYT
08/08/2024 21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Andre, 49, dilaporkan telah berhasrat menceraikan isterinya sejak empat bulan lalu.
Urusan permohonan talak yang dibuat Andre menerusi Pengandilan Agama Tigaraksa, Tangerang itu malah gagal di peringkat mediasi atau rundingan baru-baru ini.
Hal itu membawa maksud perkahwinan yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu akan menuju perpisahan.
Media tempatan juga melaporkan pihak guaman Andre mengaku kliennya yang memohon perceraian dengan isteri.
Perceraian pasangan yang memiliki dua cahayamata itu juga membabitkan tuntunan harta sepencarian.
“Saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut tentang butiran perceraian mereka tetapi memang Andre yang memohon untuk bercerai dengan isterinya, Rien Wartia Trigina.
“Mereka juga memasukkan pembahagian harta sepencarian sebagai ‘masalah utama’ dalam kes ini. Sayangnya saya juga tidak boleh membocorkan butirannya,”ujar peguam yang mewakili Andre, Ummi Azma lapor Detik.com.
Andre yang cukup terkenal dengan program Ini Talkshow berkahwin dengan Rien pada tahun 2005. Beberapa tahun kebelakangan ini gosip rumah tangga mereka berantakan sempat beredar namun keduanya tidak memberi kenyataan.