Hiburan

Baru Kahwin 2 Tahun, Ben Affleck - J.Lo Pilih Cerai

gempak
Maliah Surip
01/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Baru Kahwin 2 Tahun, Ben Affleck - J.Lo Pilih Cerai
Kisah keretakan rumah tangga pasangan sensasi Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sudah lama dilaporkan oleh media tempatan.
J.Lo, 55, dan Affleck, 51, yang berkahwin pada Julai 2022 itu kini ‘melangkah setapak’ ke depan lagi dalam usaha menyelesaikan masalah mereka.

BERITA TRENDING: Miliki Aset RM1.8 Bilion, J.Lo Bercuti Naik Kelas Ekonomi Harga RM673

Bukan berdamai sebaliknya pasangan tersebut didakwa akan mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.
Keduanya dikatakan sudah berada pada peringkat akhir menyemak dokumen perceraian namun belum memutuskan bila masa yang sesuai untuk berpisah.
“Mereka sudah menyemak kertas perceraian sebulan lalu tapi masih menunggu waktu sesuai untuk merasmikan (cerai),” ujar satu sumber seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Sumber sama mendakwa Affleck dan J.Lo juga sudah menyediakan kenyataan bersama tentang kegagalan mempertahankan rumah tangga meski mereka sangat saling mencintai satu sama lain.
“Mereka saling mencintai namun pada akhirnya sudah tidak boleh bertolak ansur. Mereka harus menerima ketentuan,” dakwa sumber tersebut lagi.
Pasangan tersebut kali terakhir dirakamkan bersama pada Mac lalu. Sejak itu keduanya dilihat membawa haluan masing-masing.
Affleck dilaporkan keluar dari rumah dan sering mendapatkan nasihat daripada bekas isteri, Jennifer Garner.
J.Lo pula mula menjual aset termasuk mahligai yang diduduki bersama Affleck.
Bagaimanapun pihak Affleck dan J.Lo belum menjawab dakwaan mereka bersedia cerai selepas semua dokumen telah disediakan.

BERITA TRENDING: Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo

BERITA TRENDING: Kahwini Ben Affleck, J.LO: “Hidup Macam Roller Coaster”

BERITA TRENDING: J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live