Penyanyi dan pelakon, Noki masih lagi dirawat di sebuah hospital di Shah Alam selepas tekanan darah dan kandungan plateletnya turun dengan mendadak akibat diserang demam denggi.
Menurut pengurus Farahrizan Razak, Noki kini sedang mendapatkan rawatan rapi bagi memulihkan keadaannya sementara pihak hospital pula tidak membenarkan sesiapa untuk datang melawat kerana khuatir jangkitan COVID-19.
“Buat masa ini, doktor masih memantau keadaan Noki untuk mengembalikan bacaan normal pada platelet serta tekanan darah.
“Justeru, saya berharap agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan kesihatan Noki kembali seperti sedia kala,” ujarnya kepada Gempak.
Viral
Pelawat Tidak Dibenarkan, Doktor Mahu Noki K-Clique Rehat Secukupnya Kerana Platelet & Tekanan Darah Masih Rendah