Hiburan

Peluk Islam, Adam Corrie Syukur Isteri Selamatkan Dari Ilmu Agama Kurang Tepat: “Ini Perbuatan Syirik…”

gempak
Maliah Surip
22/09/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Peluk Islam, Adam Corrie Syukur Isteri Selamatkan Dari Ilmu Agama Kurang Tepat: “Ini Perbuatan Syirik…”
Pelakon yang terkenal dengan aksi lasak, Adam Corrie berkongsi kisah dirinya pernah mempunyai pengalaman salah ‘berguru’ sewaktu awal memeluk dan mendalami Islam.

BERITA TRENDING: Makan Mi Wantan Pakai Chopsticks, Adam Corrie Dikecam Netizen - "Lagi Afdhal Makan Pakai Tangan.."

Corrie yang juga dikenali sebagai Frankie Lee memeluk Islam pada sekitar tahun 2008. Dia kemudian menggunakan nama Adam Corrie Lee bin Abdullah.
Berkongsi lanjut mengenai pengalaman awal mendalami agama Islam, Corrie, 55, mengaku isteri, Fazima Fuad adalah individu yang menyelamatkannya daripada mempercayai ilmu atau ajaran agama kurang tepat.
“Sebelum berkahwin (sudah syahadah) saya banyak jumpa ' guru' yang nak ajar tentang Islam.
“Alhamdulillah, selepas nikah isteri saya betulkan segala yang tak betul, kurang tepat tentang cara hidup Islam yang mereka sampaikan.
“Isteri saya jelaskan bahawa ini bukan ajaran Islam yang betul. Ini tak boleh amalkan ini ajaran. Ini perbuatan syirik dan banyak lagi.
“Isteri jaga saya rapat-rapat untuk elak saya terima maklumat yang tak betul tentang Islam.
“Tiap-tiap hari dia akan buka buku baca sirah Nabi, ajak solat jemaah. Ajak pergi usrah. Dah ok , isteri saya suruh saya solat jemaah di masjid pula. Alhamdulillah sekarang solat jemaah di masjid setiap hari.
“Selidik dahulu dengan siapa kita berguru. Adakah guru kita bertauliah ke tidak, tidak sesat dan sebagainya.
“Itulah pentingnya kita kena belajar dengan guru yang betul. dedah Corrie dalam perkongsian di Facebook miliknya.
Pada perkongsian yang juga disertakan foto dirinya terlibat dalam filem Bohsia selepas tujuh bulan memeluk Islam, Corrie menyatakan isteri turut menjaga batas pergaulannya.
“Kalau ada perempuan nak berjabat, dia cakap tak boleh lelaki perempuan bukan mahram bersalaman. Yalah saya artis, peminat, rakan artis , rakan-rakan wanita jumpa mesti nak berjabat tangan.
“Apabila sudah faham, tak sampai setahun budaya berjabat tangan tidak lagi dibudayakan saya. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.
Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 2017 (Saudara Kita) itu kemudian mengaku tidak mudah baginya sebagai seorang kafir untuk belajar ilmu agama dan mendapatkan guru yang betul.
“Ya bukan senang dari seorang yang sebelum ini kafir, kemudian kembali kepada fitrah untuk terus pasti tahu siapa guru yang betul.
Pasangan mualaf amat penting membantu akidah pasangannya. Kena berjihad dan istiqamah membantu salurkan ilmu dan gaya hidup Islam yang betul di zaman yang penuh kekeliruan, kepura-puraan dan fitnah,” kongsi Corrie.

BERITA TRENDING: Adam Corrie Kena ‘Cop’ Sombong Gara-Gara…

BERITA TRENDING: “Pengalaman Sendiri, Tiada Zuriat Selama 10 Tahun”- Adam Corrie Nasihat Para Suami Usaha Sungguh-Sungguh Sebelum Fikir Kahwin Lain

BERITA TRENDING: Adam Corrie Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal Dunia - "Mereka Buat Begini Untuk..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024