,
Laman Utama

“Pemain Piano Sepatutnya Pitch Perfect” - Tok Ram Tegur Suki Sewaktu Minggu Ke-8 Bersebab

Izwan Isa
12/01/2022
12:50 MYT
Pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu lalu, penonton dapat menyaksikan Suki Low menyanyikan lagu runut bunyi You Are My Everything yang dipetik daripada drama bersiri Korea, Descendent of the Sun.
Ketika itu, tiga juri yang terlibat menghakimi persembahan iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Mokhzani bersetuju bahawa Suki telah memberikan persembahan terbaik.
Namun, lain pula ceritanya dengan ketua juri iaitu Datuk Ramli MS. Rami atau lebih mesra disapa Tok Ram menyifatkan separuh nyanyian Suki bersifat ‘pitchy’, iaitu sewaktu penyanyi itu menyanyi sambil bermain piano.
Tok Ram berkata, dia tidak kisah jika komennya tidak dipersetujui oleh juri lain memandangkan masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
“Setiap orang mempunyai intelektual dan pendapat yang berbeza. Jadi, kita harus hormat pendapat mereka. Bercakap mengenai Suki, saya memberi komen begitu kerana dia seorang pianist (pemain piano).
“Apabila seorang pianist menyanyi, it should be pitch perfect. Sebab piano merupakan instrumen pitch. Mungkin juri lain melihat sisi berbeza tetapi saya lihat dari segi teknikal dan gelaran pianist itu.
“Kalau Suki main dram tidak mengapa, sebab dram bukan tergolong dalam kategori instrumen pitch. Tetapi piano perlu pitch perfect,” katanya kepada Gempak.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

"Sendu? Tak Boleh Pukul Rata Semua Selebriti... Kami Pun Perlu Berehat" - Suki Low

gempak
19/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Suki Low tampil memberi respon terhadap dakwaan dirinya semakin kurang popular (sendu).
Viral

Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!

gempak
02/06/2024
06:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai mendedahkan dia kerap mendengar pengalaman seram yang dilalui oleh pendengar-pendengar lagu ciptaanya yang dijadikan runut bagi filem Pontianak Harum Sundal Malam iaitu Pulangkan.
the-hardest-singing-show

THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”

gempak
17/05/2024
03:55 MYT
Kehadiran pengarah muzik, Datuk Ramli MS ke konsert minggu pertama The Hardest Singing Show pada Ahad lalu mencuri tumpuan orang ramai baru-baru ini.
Hiburan

Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”

gempak
10/01/2024
02:55 MYT
Boleh lah elak lepas ni