Laman Utama

Pemain Wanita Sepanyol Tidak Rela Terima Ciuman Bibir Dari Presiden Persekutuan Bola Sepak

gempak
Maliah Surip
26/08/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Pemain Wanita Sepanyol Tidak Rela Terima Ciuman Bibir Dari Presiden Persekutuan Bola Sepak
Insiden Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales mencium bibir salah seorang pemain pasukan wanita negara itu, Jennifer Hermoso masih menjadi polemik yang belum berkesudahan.
Ini berikutan tindakan Rubiales yang sudah meminta maaf tetapi enggan melepaskan jawatannya selepas didesak atas perlakuan tidak bermoral itu.
Malah Hermoso dalam satu kenyataan mengatakan tindakan luar kawal yang dilakukan Rubiales terhadapnya telah membuat dirinya resah dan terasa seperti menjadi mangsa.
Hermoso mengatakan dia tidak pernah memberi izin bibirnya dikucup oleh Rubiales sewaktu upacara penyerahan pingat di Sydney, Australia yang menyaksikan Sepanyol menewaskan England 1-0 dalam perlawanan akhir, baru-baru ini.
“Saya gelisah dan rasa seperti telah menjadi mangsa diskriminasi serta tidak dapat mengawal situasi ketika itu (dicium). Saya tidak membenarkan sebarang perlakuan (cium) terjadi pada mana-mana anggota badan saya,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rubiales, 46, mengatakan ciuman yang terjadi mencapai persetujuan dan bantahan yang diterima sebagai kempen kewanitaan bersifat palsu.
Terdahulu aksi Rubiales selaku ahli jawatankuasa eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) merangkap naib presiden badan induk bola sepak Eropah mencium bibir Hermoso dengan ghairah telah terakam oleh video kerana ia terjadi dalam sebuah temasya yang disiarkan secara langsung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live